Kontak

AnyMind Group menyokong #YoungCreators Untuk Mempercepat Penyertaan Belia dalam Ekonomi Digital

#YoungCreators adalah sebahagian daripada inisiatif pergerakan #SayaDigital oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

CastingAsia product update

AnyMind Group, sebuah syarikat teknologi industri pemasaran digital, hiburan, Teknologi Sumber Manusia dan direct-to-consumer, hari ini mengumumkan penyertaannya didalam #YoungCreators, iaitu sebuah inisiatif di bawah gerakan #SayaDigital anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi menyokong rakyat Malaysia untuk mengambil peluang menjadi content creators dan seterusnya membentuk semula masa depan Ekonomi Digital Malaysia.

#SayaDigital merupakan sebuah program nasional selama sebulan yang dianjurkan oleh MDEC bagi memberi kesedaran, penerapan dan khidmat rundingan digital untuk terus mempromosikan rakyat Malaysia yang berkemahiran digital serta perniagaan berasaskan digital di Malaysia. Menjadi sebahagian daripada #SayaDigital, inisiatif #YoungCreators bertujuan untuk mengembangkan potensi anak muda di Malaysia untuk menjadi content creator dengan mendorong mereka menjana pendapatan menerusi aplikasi media sosial seperti YouTube, TikTok, Binumi, Instagram dan Snapchat.

AnyMind Group, menerusi jenama teknologi hiburan termasuklah CastingAsia dan CastingAsia Creators Network, akan menyokong inisiatif gerakan #SayaDigital dan #YoungCreators MDEC melalui kempen influencer marketing dengan influencer yang merangkumi mikro hingga mega-influencer, selebriti dan usahawan, termasuk CastingAsia Creators Network influencer di Malaysia. Kempen pemasaran ini bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai inisiatif #SayaDigital dan #YoungCreators, serta membantu menyebarkan maklumat berguna untuk memberi inspirasi kepada pengguna TikTok bagi mengambil bahagian dalam peraduan yang dianjurkan oleh inisiatif #YoungCreators.

Sepuluh pemenang bertuah akan dipilih dari peraduan TikTok dan pemenang berpeluang mendaftar dalam program selama enam bulan untuk mengembangkan lagi bakat digital mereka di platform seperti TikTok, YouTube, Instagram dan Facebook (melalui perkhidmatan latihan dan pengewangan).

CastingAsia Creators Network incubation programme benefits

Lima peserta terbaik kemudiannya akan didaftarkan kedalam program enam bulan fasa kedua, di mana AnyMind Group akan menggunakan sumber lebih lanjut termasuk sumber pengeluaran dari CastingAsia Creators Network dan pengembangan kemampuan langsung ke pengguna melalui AnyMind D2C.

Lee Chin Chuan, Pengurus syarikat AnyMind Malaysia berkata: “Melalui CastingAsia dan CastingAsia Creators Network, kami dapat mendorong didikan serta galakan yang lebih tinggi dengan content creator yang bercita-cita untuk memajukan ekosistem kandungan digital yang lestari di Malaysia, dan pada masa yang sama, meningkatkan minat orang ramai terhadap ruang content creator digital Malaysia.Pelbagai usaha dilakukan oleh MDEC untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat bakat, lokasi terbaik bagi perniagaan untuk melabur dan berkembang, adalah salah satu yang kita hargai dalam mendorong kemajuan ekonomi digital untuk negara ini.

Malaysia Digital Economy Corporation merupakan agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diberi kepercayaan untuk memimpin ekonomi digital Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1996 untuk menguruskan inisiatif pembangunan MSC Malaysia, mandat utama MDEC hari ini adalah untuk memperkasakan pertumbuhan rakyat Malaysia celik digital, perniagaan berasaskan digital, dan pelaburan digital di Malaysia.

CastingAsia adalah perniagaan dan platform influencer marketing yang membantu dalam menerokai, mengaktifkan, mengurus aktiviti influencer marketing, sementara CastingAsia Creators Network adalah rangkaian influencer yang menyediakan sumber serta sokongan kepada influencer dan content creator di seluruh Asia. Kedua-dua jenama ini adalah sebahagian daripada teknologi hiburan Kumpulan AnyMind.

Latest News

AnyMind Group menghubungkan penawaran dan mengganti nama merek AdAsia dan CastingAsia

AnyMind Group, sebuah perusahaan teknologi yang memproduksi perangkat lunak untuk direct-to-consumer, manufaktur cloud, ...

October 21, 2020

CastingAsia Report: Permulaan COVID-19 menunjukkan peningkatan pada branding dan kampanye CSR untuk influencer marketing di Asia

CastingAsia, bisnis influencer marketing dan bagian dari lini bisnis teknologi entertainment AnyMind Group, hari ini...

September 10, 2020

Download: CastingAsia State of influencer marketing in Asia 2020 (Bahasa Indonesia)

Laporan ini ditujukan untuk membantu pemasar mengambil keputusan berdasarkan informasi yang tepat, dan mendukung p...

September 10, 2020